Friday, 16 December 2016

Radang Tendon Achilles

Apakah itu Tendon Achilles?


Image result for achilles tendon anatomy 3d


Achilles tendon adalah kombinasi dua otot kaki iaitu gastrocnemius dan soleus yang bercantum lalu menjadi tendon achilles dibelakang pengelangan kaki. Kita menggunakan tendon ini untuk berjalan dan berlari.

Punca Radang


Penggunaan yang terlampau akan menyebabkan radang pada tendon dan akan mengakibatkan bengkak serta inflamasi. Keadaan in dipanggil Radang Achilles Tendon.

Simptom

  • Sakit di sekitar tumit 
  • Sakit ketika dipegang
  • Rasa ketat sekitar pengelangan kaki
  • Rasa susah untuk menggerakkan pengelangan kaki

Rawatan

  • Penggunaan ais ditempat yang sakit
  • Rehat dari aktiviti yang lasak
  • Merenggangkan otot betis
  • Penggunaan orthotis untuk membetulkan postur kaki
  • Penggunaan Swiss Dolorcast Shockwave EMS
  • Rawatan Fisioterapi

No comments:

Post a Comment